Kurikulum Standard Sekolah Rendah

HASRAT KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri,  kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.

 

PRINSIP KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip ini dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan holistik.  Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:

 

BENTUK KURIKULUM

 

FOKUS

ORGANISASI TAHAP I

Pada Tahap I kurikulum diorganisasikan dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Komposisi KSSR Tahap I adalah seperti jadual di bawah.

 

ORGANISASI TAHAP II

Pada Tahap II, kurikulum diorganisasikan secara modular dalam Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif. Kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk modul. Komposisi KSSR Tahap 2 adalah seperti jadual di bawah.

PERNYATAAN STANDARD

KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang  perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan.

Standard KandunganStandard Pembelajaran

Pernyataan spesifik tentang perkara

yang murid patut ketahui dan boleh lakukan

dalam suatu tempoh persekolahan

merangkumi aspek pengetahuan,

kemahiran dan nilai.

Satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator)

kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh

diukur bagi setiap standard kandungan. 

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 

Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu dalam pembangunan insan yang seimbang digambarkan melalui rajah di bawah.

 

PERBEZAAN KBSR DAN KSSR

 

LAST_UPDATED2