HomeKurikulumKurikulum Pendidikan Islam JAIS

Kurikulum Pendidikan Islam JAIS

MATLAMAT PENDIDIKAN JAIS

Memberi pendidikan asas Agama kepada semua kanak-kanak Islam di negeri Selangor Darul Ehsan supaya berilmu, berakhlak mulia dan kukuh dengan nilai-nilai Islam bagi melahirkan Muslim yang bertakwa serta mendapat keredaan Allah.

OBJEKTIF PENDIDIKAN ISLAM

Sebaik sahaja tamat Sekolah Rendah Agama dan mengikuti sepenuhnya Kurikulum Pendidikan Islam, murid dapat:
  • Membaca Al-Quran dengan betul serta dapat memahami hukum Tajwid untuk dijadikan panduan membaca Al-Quran sebagai panduan hidup. Menghafaz juzuk 30 dengan betul dan lancar serta dijadikan amalan dalam bacaan solat-solat fardhu dan sunat. Memahami maksud beberapa surah pilihan dan menghayati pengajarannya ke arah meyakini Al-Quran sebagai rujukan petunjuk Allah.
  • Memahami, meyakini dan istiqamah mengenai asas Akidah dan menjadi benteng mempertahankan keimanan mereka.
  • Menghayati dan melaksanakan tuntutan ibadah Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah yang menjadi kewajipan umat Islam.
  • Memahami dan mengambil iktibar daripada perjalanan Sirah Rasulullah S.A.W sebagai asas perkembangan tamadun manusia. Beradab dan mengamalkan sifat-sifat mahmudah serta meninggalkan sifat mazmumah dalam kehidupan seharian.
  • Membaca dan menulis Jawi dengan betul serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa. Membaca, menulis dan berinteraksi dalam Bahasa Arab yang mudah dengan menggunakan tatabahasa yang betul serta mencintai bahasa tersebut sebagai bahasa Al-Quran.

KANDUNGAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM

Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah Agama dibahagikan kepada lima bidang asas iaitu:
1. Bidang Asas Tilawah Al-Quran
a. Bidang ini memberi tumpuan kepada:
i. Membaca ayat-ayat Al-Quran dengan betul dan fasih mengikut kaedah
hukum Tajwid.
ii. Mengenal dan mengaplikasikan hukum-hukum Tajwid ketika
membaca Al-Quran.
iii. Menghafaz ayat-ayat dan surah-surah pilihan di dalam Al-Quran
dengan betul dan lancar mengikut hukum Tajwid.
iv. Memahami makna kalimah Al-Quran dan mengambil iktibar daripada
surah-surah dan ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran.
2. Bidang Asas Ulum Syariyyah
a. Bidang ini memberi tumpuan untuk:
i. Menanam Akidah yang betul, membentuk tingkah laku dan
melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah S.W.T.
ii. Mengetahui cara-cara beribadah yang disyariatkan oleh Islam untuk
dilaksanakan.
iii. Mencontohi dan mengambil iktibar daripada perjalanan Sirah
Rasulullah S.A.W.
iv. Mengetahui implikasi Akidah, Ibadah dan Sirah Rasulullah S.A.W dari
segi tanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.
3. Bidang Asas Akhlak Islami
a. Bidang ini memberi tumpuan kepada:
i. Kepatuhan terhadap peraturan dan cara hidup Muslim dalam
hubungan dengan Allah dan Rasul dan hikmahnya.
ii. Kepatuhan terhadap peraturan dan tata cara perhubungan manusia
dengan diri sendiri, keluarga, alam sekitar, masyarakat dan negara,
dan hikmahnya.
iii. Merealisasikan sifat-sifat mahmudah dalam kehidupan dan
meninggalkan sifat-sifat mazmumah dan hikmahnya.
4. Bidang Pelajaran Jawi
a. Bidang ini memberi tumpuan kepada:
i. Menulis huruf Jawi dan Arab dengan baik.
ii. Membaca dan menulis tulisan Jawi dan Arab dengan betul.
iii. Menulis seni Khat Nasakh dan Riq’ah mengikut kaedah yang betul.
iv. Memahami kaitan tulisan Jawi dan Bahasa Arab dengan keindahan
budaya Islam dan Al-Quran.
5. Bidang Pelajaran Bahasa Arab
a. Bidang ini memberi tumpuan kepada:
i. Memperkenalkan perkataan tertentu untuk dihafaz, difahami dan
digunakan.
ii. Perbualan mudah mengenai urusan harian dalam Bahasa Arab.
iii. Mengenal dan memahami kaedah, asas nahu dan saraf.
 

MATA PELAJARAN

Senarai mata pelajaran yang diikuti oleh setiap pelajar dari tahun satu hingga tahun enam adalah:
 
Mata Pelajaran

Tahun

1

Tahun

2

Tahun

3

Tahun

4

Tahun

5

Tahun

6

Tilawah Al-Quran//////
Jawi//////
Bahasa Arab//////
Tauhid//////
Feqah//////
Akhlak//////
Sirah////
Imlak///
Khat/////
Tajwid////
Hafazan Al-Quran//////
Jumlah Mata Pelajaran7811 111111
 

LAST_UPDATED2