HomeKurikulumKurikulum KAFA JAKIM

Kurikulum Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain JAKIM

FALSAFAH

Pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain adalah satu usaha berterusan untuk mendidik dan membentuk pelajar-pelajar Islam ke arah memperkembangkan fitrah individu (Insan) selaras dengan kehendak Al-Quran dan As-Sunnah. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan manusia yang terdidik dengan didikan AL-Quran dan As-Sunnah yang kuat iman dan amalannya kepada Allah serta menghayati akhlak dan cara hidup Islam.

KONSEP

Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) adalah suatu program berkonsepkan pengukuhan asas Pendidikan Islam dengan memberi penekanan kepada kemahiran membaca Al-Quran serta asas-asas Fardhu Ain. 

OBJEKTIF KAFA

Objektif penubuhan KAFA adalah seperti berikut:
  • Mewujudkan suatu sistem kelas pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain yang kemas, seragam dan bersepadu di seluruh Malaysia.
  • Memastikan semua kanak-kanak Islam yang berumur tujuh hingga dua belas tahun di negara ini dapat mempelajari dan boleh menguasai bacaan Al-Quran dengan baik.
  • Memastikan semua kanak-kanak Islam di negara ini dapat mempelajari dan mengamalkan perkara-perkara asas Fardhu Ain.
  • Memperkukuh asas pendidikan agama Islam untuk kanak-kanak Islam dalam pendidikan Al-Quran dan Fardhu Ain.

PELAKSANAAN KURIKULUM

Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) KAFA menggunapakai Kurikulum dan Buku Teks KAFA yang diperakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merangkumi bidang-bidang berikut:
  1. Al-Quran;
  2. Akidah;
  3. Ibadah;
  4. Adab (Akhlak Islamiah);
  5. Sirah;
  6. Lughatul Quran; dan
  7. Jawi dan Khat.

LAST_UPDATED2