HomeKurikulumPeperiksaanPenilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA)

Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA)

PENGENALAN
 
Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) adalah peperiksaan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada pelajar tahun enam Sekolah Rendah Agama, KAFA dan KAFA Integrasi Negeri Selangor bagi menilai tahap penerimaan pembelajaran sukatan mata pelajaran yang diajar.
 
BIDANG PENILAIAN
 
Bidang-bidang yang dinilai dalam Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) ialah:
  1. Al-Quran (Tilawah dan Hafazan);
  2. Bahasa Arab;
  3. Tajwid;
  4. Akhlak dan Sirah;
  5. Tauhid dan Feqah;
  6. Jawi, Imlak dan Khat; dan
  7. Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA).
Murid yang lulus serta mendapat keputusan yang cemerlang berpeluang melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pendidikan menengah di bawah kelolaan JAIS. Sekolah-sekolah tersebut ialah:
  1. Sekolah Agama Menengah Parit Baru, Sabak Bernam
  2. Sekolah Agama Menengah Bagan Terap, Sungai Besar
  3. Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sabak Bernam
  4. Sekolah Agama Menengah Muhammadiyyah, Sabak Bernam
  5. Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah, Sungai Besar
  6. Sekolah Agama Menengah Sungai Haji Dorani
  7. Sekolah Agama Menengah Pasir Panjang, Sekinchan
  8. Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang
  9. Sekolah Agama Menengah Jeram
  10. Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin, Jalan Kota Raja, Klang
  11. Sekolah Agama Menengah Hisamuddin, Sungai Bertih, Klang
  12. Sekolah Agama Menengah Bestari, Subang Jaya
  13. Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam
  14. Sekolah Agama Menengah Nurul Iman, Meru
  15. Sekolah Agama Menengah Paya Jaras, Sungai Buloh
  16. Sekolah Agama Menengah Rawang
  17. Sekolah Agama Menengah Hulu Langat
  18. Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah, Banting
  19. Sekolah Agama Menengah Kanchong Darat, Banting
  20. Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi
  21. Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar
  22. Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Baharu
  23. Sekolah Agama Menengah Sungai Selisik, Kuala Selangor
  24. Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Klang
  25. Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar, Jugra

LAST_UPDATED2